Move on
Dear strangers,
Senyum dan tutup mata. Biar Allah pimpin kamu ke jalan yang benar kerana hidup kita sudah dirancang olehNya. Kita hanya perlu berjalan mengikutiNya. Percaya kepadaNya kerana Dia Maha Mengetahui. Sebaik mana rancangan kita, baik lagi rancangan Allah tentukan untuk kita.
Aha.. Kesibukkan melanda sekarang. Mana yang nak kena siapkan assignment, mana yang kena handle program, mana yang nak kena study. Sibuk, sibuk, sibuk. But that makes me better. Kenapa better? Sebab dengan kesibukkan ni aku tak banyak fikir benda lepas. Balik bilik apa aku tahu tidur sebab penat. I love this kind of life and I know one day it will be scary cause my parents will be worry about my future. Yela, masa aku balik rumah je parents dah cerita pasal kahwin apa semua. See? I'm growing up now. Growing up huh? Seem like interesting.
I have a friend from India, we chat sometimes talk about his life and my life. We change the story. How I know him? I know him on the internet as a strangers. Dengan dia aku tak dapatlah nak berbahasa melayu sebab dia memang indian from India not indian from Malaysia macam yang lain. It is kind of interesting knowing him. Now, he is busy with relocating to Calcutta. I don't know where it is, maybe somewhere in India maybe. Not maybe la but yes in India. He say it is 1200-1300 km from his old house. Haa.. I don't know. Lama juga aku tak contact dia sebab busy dengan study dan bila contact ni dia tanya aku pasal my life. Urrmm.. Serious masa tu aku rasa, alahai boringnya hidup aku ni!
Masa tu la aku sedar, sampai bila aku nak macam ni? Move on erin. Dia tak akan tunggu kau. Dia dah ada orang lain. Wake up erin wake up.. Hello!!! Aha.. Aku tahulah, cuma entahlah.. Bukan aku tak move on okay cuma rasa nak sendiri je dulu fikir masa depan. Bukan tak ada orang baru yang aku suka. Ada je tapi bagi aku tak mungkinlah dia pandang aku sebab aku ni pendiam dalam kelas kau tahu? Haa.. Kau baca blog aku ni apa pandangan kau pasal aku? Mesti lain kalau kau jumpa aku nanti-nanti. Hahahaha. Say about my new life?
Aku tengah move on, move on dari kisah lepas even dekat sebelah katil aku still tampal gambar aku dan dia masa matrik dulu. First picture kitorang tangkap masa kitorang bersama. Old school sangat kan? Dia salah seorang dari pembangkit semangat aku sebab dulunya dia ambil aku saat aku jatuh dan kini dia yang jatuhkan aku semula. Aha.. What a life. Telling you huh.. Aku tak kisah sekarang ni. Aku move on. So nanti kalau kawan aku tu tanya pasal new life aku.. Aku boleh cerita benda menarik kat Malaysia ni sampai dia rasa nak datang Malaysia nanti.
Aku ingin jadi gadis yang kuat dan berdikari tanpa bergantung hidup dengan sesiapa kecuali Allah. Aku tahu hidup aku ni ada bosannya tapi ini semua dah dirancang. Cuma kita tak tahu apa yang ada didepan kita. Siapa yang akan tunggu kita untuk capai tangan kita. Aku cuma lalui hidup ni. Biar orang kata sebab tak semua manusia sempurna. Bukan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Jadi maafkan kata-kata mereka dan bersyukur dengan setiap apa yang kita ada. Usah risau. Semua akan baik2 sahaja. Aku bukan gadis baik, cuma aib aku disembunyikan oleh Allah yang Maha Pengasih dan aku bersyukur dengan orang-orang yang baik denganku walau kita saling tak mengenal.
" sesekali aku rindukan kau wahai bekas kekasih yang jadikan aku lebih bersedia dan tabah untuk ditinggalkan dan untuk disisih. Terima kasih. "
( Bekas Kekasih - Fazleena Hishamuddin)P.S
Senyum dan tutup mata. Biar Allah pimpin kamu ke jalan yang benar kerana hidup kita sudah dirancang olehNya. Kita hanya perlu berjalan mengikutiNya. Percaya kepadaNya kerana Dia Maha Mengetahui. Sebaik mana rancangan kita, baik lagi rancangan Allah tentukan untuk kita.
Comments
Post a Comment