Happy birthday brother!

Dear strangers,

28/5/2015

Hari ni birthday abang aku dari Palembang, Sumatera, Indonesia. Hee.. Alhamdulillah.. Syukur aku kenali dirinya. Syukur aku bertemu dengannya. Siapa dia? Ingat lagi post aku sebelum ni? Pasal De'Lucis? Haa.. Yes.. Kak Dimas Pratama. Hari ni birthday dia. Alhamdulillah dia suka video aku buat untuk birthday dia. Hanya itu yang aku mampu buat untuk birthday dia memandangkan kami jauh. Yelah, jauh. Aku Malaysia dia pula Indonesia. Tapi tak pe. Itu tak ubah kasih aku pada dia.


"Kak Dim, selamat ulang tahun kak. Semoga dipanjangkan umur kak Dim. Berjaya dan bahagia dunia akhirat. Selalu bahagia bersama yang tersayang. Semoga terus kuat dalam menghadapi rintangan dalam hidup dan juga membangunkan nama Band De'Lucis. Semoga band kak Dim terus memberi cahaya kepada peminatnya seperti nama band De'Lucis yang bermaksud "Cahaya". Erin bangga sama Kak Dim."
Walau aku anak sulung tapi aku bahagia dikurniakan abang dan kakak dalam hidupku. Yang menyayangi aku biarpun tiada pertalian darah. Dulu aku sering tidak betsyukur dengan hidup ni tapi kini aku sedar hidup aku banyak indahnya. Cuma aku sering terlepas pandang apa yang ku miliki kerana selalu mengenang benda lepas. Alhamdulillah untuk segalanya. Alhamdulillah kak Dim masih bernafas dan dipinjamkan kepada aku untuk merasa kasih seorang abang.


Nanti-nanti erin ke Palembang ketemu sama Kak Dim kita photo sama ya? 


P.S
Syukur adalah satu kebahagiaan.

Comments

Popular posts from this blog

Boleh Makan Buah Nenas Tak Time Period?

Adik Lelaki Bongsu

Behave !