Adik Lelaki Bongsu
Dear Strangers,
Pernah tak kau mimpi orang yang kau sayang lenyap dari dunia ni? Pernah tak kau bangun dengan air mata yang mengalir dan kau sambung lagi menangis lagi sebab kau takut mimpi tu jadi betul? Ya Allah, kali ni kedua kalinya aku mimpikan adik lelaki bongsu aku tak da di dunia ni. Gila aku dalam mimpi tu sebabnya aku tak kuat untuk terima kenyataan yang adik aku tak da. Sampaikan ibu ayah aku marah aku dalam mimpi tu aku tak kisah sebabnya aku terlalu sedih mengenang kepergiaan adik lelaki aku.
Entah apa yangmengganggu fikiran aku selama ni. Mungkin aku terlalu rindukan adik lelaki aku. Mungkin. Sebabnya sebelum aku pulang ke UMK aku tak berkesempatan untuk bertemu dengan dia. Peluk dia, cium dia. Even dia dah besar darjah 4, bagi aku dia masih adik kecil ku yang paling manja dengan aku. Yang sometimes keras kepala macam aku. Aku sayang adik-adik aku. Bukan aku nk banding-bandingkan mereka tapi mungkin sebab yang ni satu-satunya adik lelaki dan yang paling manja sekali dalam rumah tu. Kalau aku layan orang lain macam sepupu aku yang kecik ni mesti dia jelous tau. Kadang aku mampu tersenyum lihat telatah dia.
Selain adik bongsu aku ni aku pun ada adik lelaki angkat yang aku panggil Gembeng. Yang ni pun aku sayang. Sebab dialah satu-satunya orang yang selalu tengok aku nangis. Hahaha.. Dulu masa sekolah selalu pergi rumah dia melepak. Sampai sekarang aku rindu nak makan nasi goreng dia. Diapun ada dalam mimpi aku. Untuk apa? Sebagai semangat untuk aku. Dia beri semangat untuk aku kuat menerima kepergiaan adik bongsu aku dalam mimpi tu. Walau bukan dalam mimpipun, dialah semangat aku.
Adik-adik. Darah daging atau bukan. Aku tetap sayang sebab hadirnya setiap insan dalam hidup aku cuma sekadar pinjaman untuk aku merasa nikmat hidup. People come and go. Aku hargai mereka semua sebabnya hadirnya mereka membuat hidupku lebih menarik dan bermakna tak kira yang pernah khianati aku, sakitkan aku, happy kan aku atau apapun. Mungkin aku dah tak tegur insan yang menyakiti aku tapi ikhlas aku dah maafkan diorang cuma aku tak mampu untuk berhadapan dengan mereka ini sebabnya takut kalau-kalau luka itu terbuka lagi. Jadi bagi insan yang pernah menyakiti aku maaflah kerana tak dapat terima kalian lagi.
P.S
Adik-adik, akak sayang korang. Walau gaduh besar macam manapun akak tetap jaga korang. Tetap kat sini untuk korang. Termasuk kau gembeng. Kau pun adik aku yang aku sayang. Terima kasih buat segala rasa yang tercipta. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment