Behave !
Dear Stranges,
Dalam tengah layan lagu See You Again feeling throwback benda lama buat aku terfikir untuk taip cerita aku nak kongsi denga korang. Orang pernah kata :
Tak kisahlah kita nak judge orang tu but for the first thing to do boleh tak atleast kenal siapa dia. Rapat dengan dia. Macam aku dulu, dikata kurang adab dengan senior. Aku tak tahu part mana aku kurang adab sedang aku pemalu orangnya dan memang first kenal orang akan fikir aku seorang yang sombong. Itu tak dinafikan sebab walau aku ubah macam mana orang tetap kata aku sombong. Mereka kata aku dengan senior kalau jumpa tak pernah nak senyum dan itu buat aku pelik. Pelik kenapa? Sebab mana2 orang aku jumpa aku senyum cuma yelah kalau kepala tengah serabut aku tak la senyum. Dan sejak kejadian tu perangai aku berubah. Aku dah tak suka senyum kat orang sebab yelah, aku senyum tapi dikata kurang adab.
Benda aku tak boleh terima ialah orang tegur aku jaga adab tapi depan mata aku orang yang menegur tu siap haiiihh.. Aku malas cerita. Benda ni sakit. Kita tegur kita hukum tapi kita yang tegur dan yang menghukum ni buat benda kita tegur tu. Dahlah kau hukum dia lepas tu kau hasut semua untuk pulau dia. Aku tak please orang lain cuma aku rasa dikhianati dengan perkataan yang kami ni F.A.M.I.L.Y . Jujur sebenarnya bila teringat ada perasaan dendam yang membuak buak untuk hancurkan hidup orang sebegini. Orang sebegini memang kalau kawan aku kata biarkan je. Bila meluah dengan kawan aku teresak-esak sampai kadang tu aku nak meraung gila sebab yela aku banyak pendam dan sampai masa aku tak tahan mungkin kau tak boleh dekat sebab aku akan menakutkan korang.
Kita hidup ni kau kene faham siapa sekeliling kau. Walau kau dengar cerita buruk dari orang, kau kena kenal dia dengan sendiri. Kau tak boleh dengar cerita dan 100% percaya kata-kata orang. Mana tahu kalau sebenarnya orang yang bagitau tu tak puas hati dengan dia. Dia jaja cerita buruk. Fikir? Kita dah besar. Sebagai seorang kakak dan abang kita ni jadi contoh kepada adik2. Bukan pemusnah hidup adik-adik. Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Cuma ingin buat kau fikir situasi aku. Semua ada kisah silam sendiri. Tanpa kau sedar perlakuan kau ke dia tu boleh hancurkan hidup dia. Sebelum buat sesuatu fikir. Tempatkan diri kau kat tempat dia. Kenali dia.
Behave. Behave dengan orang yang kita baru kenal. Behave di tempat orang yang mungkin kau akan jumpa manusia yang tiada hati yang suka lihat kau jatuh. Orang macam ni sebenarnya tak layak untuk dimaafkan tapi maafkan juga sebab takut di akhirat nanti kau kene tunggu dia untuk kutip hutang kau. Walau ada rasa dendam tu cubalah musnahkan sedikit demi sedikit dengan berjanji dengan diri sendiri suatu masa nanti kau tak buat apa dia pernah buat kat kau. Macam kawan aku cakap:
Ingatlah. Sebelum buat sesuatu. Tempatkan kita di tempat dia. Rasa apa yang dia rasa. Kenal dia. Kalau kau tak mampu lakukan apa kau tegur kat seseorang, kau kena mintak maaf. Buang ego tu. Tak bermaksud kau tua daripada dia, kau buat salah kau tak perlu minta maaf. Maaf tak kenal usia. Maaf tu ikut pada ego kau. Fikir. Tuhan beri kita akal tapi sayangnya kita sia-siakannya.
P.S
Terima kasih sahabat yang selalu denganku. Terima kasih Fatin Nuramalina kerana menemaniku. Terima kasih Syafiq Abd Jalil yang menjagaku, membuatku tersenyum dan tertawa, yang selalu ada bila aku perlu untuk lepaskan segala rasa. Terima kasih abang Faris yang hadirnya sementara kemudian pergi. Terima kasih Captain Hadie yang sering memberi semangat untuk terus berjuang. Terima kasih kepada yang menyakitiku. Dengan ini aku banyak belajar dan mengenal hidup.

" Bila kat tempat orang kita kena behave. Tak boleh tunjuk perangai sebenar kita kat tempat orang lain. Bukan tempat kita. "So, apa sebenarnya aku nak sampaikan? Dari pengalaman aku masa semester satu. Ada perkara buat aku tak faham kenapa orang tak suka aku. Buat orang suka sangat tegur aku. Mungkin aku salah ye aku akui itu tapi kenapa aku yang ditegur sedang ada lagi beberapa orang berperangai sama malah ada yang teruk tapi tak ditegur dan dihukum. Sakit rasanya bila dihukum tanpa tahu apa puncanya. Tanpa perbincangan. Rasa dikhianati oleh suatu yang konon dikata K.E.L.U.A.R.G.A ! Eh.. Bukan aku ingin meluah atau please everyone untuk simpati tapi buka mata.
Tak kisahlah kita nak judge orang tu but for the first thing to do boleh tak atleast kenal siapa dia. Rapat dengan dia. Macam aku dulu, dikata kurang adab dengan senior. Aku tak tahu part mana aku kurang adab sedang aku pemalu orangnya dan memang first kenal orang akan fikir aku seorang yang sombong. Itu tak dinafikan sebab walau aku ubah macam mana orang tetap kata aku sombong. Mereka kata aku dengan senior kalau jumpa tak pernah nak senyum dan itu buat aku pelik. Pelik kenapa? Sebab mana2 orang aku jumpa aku senyum cuma yelah kalau kepala tengah serabut aku tak la senyum. Dan sejak kejadian tu perangai aku berubah. Aku dah tak suka senyum kat orang sebab yelah, aku senyum tapi dikata kurang adab.
Benda aku tak boleh terima ialah orang tegur aku jaga adab tapi depan mata aku orang yang menegur tu siap haiiihh.. Aku malas cerita. Benda ni sakit. Kita tegur kita hukum tapi kita yang tegur dan yang menghukum ni buat benda kita tegur tu. Dahlah kau hukum dia lepas tu kau hasut semua untuk pulau dia. Aku tak please orang lain cuma aku rasa dikhianati dengan perkataan yang kami ni F.A.M.I.L.Y . Jujur sebenarnya bila teringat ada perasaan dendam yang membuak buak untuk hancurkan hidup orang sebegini. Orang sebegini memang kalau kawan aku kata biarkan je. Bila meluah dengan kawan aku teresak-esak sampai kadang tu aku nak meraung gila sebab yela aku banyak pendam dan sampai masa aku tak tahan mungkin kau tak boleh dekat sebab aku akan menakutkan korang.
Kita hidup ni kau kene faham siapa sekeliling kau. Walau kau dengar cerita buruk dari orang, kau kena kenal dia dengan sendiri. Kau tak boleh dengar cerita dan 100% percaya kata-kata orang. Mana tahu kalau sebenarnya orang yang bagitau tu tak puas hati dengan dia. Dia jaja cerita buruk. Fikir? Kita dah besar. Sebagai seorang kakak dan abang kita ni jadi contoh kepada adik2. Bukan pemusnah hidup adik-adik. Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Cuma ingin buat kau fikir situasi aku. Semua ada kisah silam sendiri. Tanpa kau sedar perlakuan kau ke dia tu boleh hancurkan hidup dia. Sebelum buat sesuatu fikir. Tempatkan diri kau kat tempat dia. Kenali dia.
Behave. Behave dengan orang yang kita baru kenal. Behave di tempat orang yang mungkin kau akan jumpa manusia yang tiada hati yang suka lihat kau jatuh. Orang macam ni sebenarnya tak layak untuk dimaafkan tapi maafkan juga sebab takut di akhirat nanti kau kene tunggu dia untuk kutip hutang kau. Walau ada rasa dendam tu cubalah musnahkan sedikit demi sedikit dengan berjanji dengan diri sendiri suatu masa nanti kau tak buat apa dia pernah buat kat kau. Macam kawan aku cakap:
" Biar orang buat kat kita tapi jangan kita buat kat orang. Selagi boleh sabar, kita sabarlah. Biarpun selalu dipijak ditendang, jangan pernah putus asa untuk bangun semula. Terus percaya pada Tuhan yang Dia akan hantarkan penyelamat untuk kita untuk beri kekuatan untuk kita bangun dengan kaki sendiri"
Ingatlah. Sebelum buat sesuatu. Tempatkan kita di tempat dia. Rasa apa yang dia rasa. Kenal dia. Kalau kau tak mampu lakukan apa kau tegur kat seseorang, kau kena mintak maaf. Buang ego tu. Tak bermaksud kau tua daripada dia, kau buat salah kau tak perlu minta maaf. Maaf tak kenal usia. Maaf tu ikut pada ego kau. Fikir. Tuhan beri kita akal tapi sayangnya kita sia-siakannya.
Terima kasih sahabat yang selalu denganku. Terima kasih Fatin Nuramalina kerana menemaniku. Terima kasih Syafiq Abd Jalil yang menjagaku, membuatku tersenyum dan tertawa, yang selalu ada bila aku perlu untuk lepaskan segala rasa. Terima kasih abang Faris yang hadirnya sementara kemudian pergi. Terima kasih Captain Hadie yang sering memberi semangat untuk terus berjuang. Terima kasih kepada yang menyakitiku. Dengan ini aku banyak belajar dan mengenal hidup.
Comments
Post a Comment