Masa silam
Dear strangers,
Dalam dunia akhir zaman ni aku sering melihat pelbagai ragam perangai manusia. Tanpa aku sedar dalam peredaran masa itu turut menyedarkan perubahan yang aku rasa sendiri. Hidup tiada yang mudah. Like people used to say "Everything happen have their own reason".
Dalam aku meningkat dewasa ni aku berkawan dengan bermacam macam perangai manusia. Tak kira jenis yang hisap ganja ke, hisap dadah ke, kaki bunuh ke, kaki perempuan ke atau apa-apa. Aku kawan dan kau tahu apa yang aku sukakan diorang ni? Walau teruknya mereka ni, mereka selalu jaga aku untuk tidak ikut jejak mereka. Mereka ajar aku untuk tidak buat apa mereka buat. Mereka ajar aku erti hidup yang sangat bernilai.
Kita manusia ni selalu hina orang begini, selalu fikir yang negatif pasal mereka sampai mata ni buta untuk lihat kebaikkan mereka. Kau tahu orang sebegini sebenarnya amat memerlukan kasih sayang, kesabaran dan kekuatan dari kita untuk bawa mereka ke jalan yang betul. Bukan kita pulau, tindas and hina mereka.
Cubalah korang melepak degan orang sebegini dan tanya kenapa diorang buat benda ni semua. Bagi aku , selama aku berkawan, apa yang aku dengar ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga sendiri. Ibu ayah sibuk bekerja 24 jam tanpa peduli hal anak-anak yang membesar di mana mereka perlukan kasih sayang dan perhatian dari orang tua mereka. Kerana lemahnya mereka mudah untuk mereka terpengaruh dengan hal2 buruk.
Aku juga bukanlah baik untuk aku ceritakan. Dulu akupun teruk. Aku banyak pendam masalah. Aku hampir gila sebab ibu ayah, aku khayal dengan cinta dunia. Aku hancur. Masa tu memang aku menjauh dengan orang yang sayangkan aku. Sahabat aku Farra, Shiera dan Fathinee. Sungguh aku sangat bersyukur punya mereka sebagai sahabat aku. Teruknya aku waktu itu, hanya mereka yang menerima. Walau berkali kali aku buat mereka menangis sebab perangai teruk aku. Masa tu memang aku benci diri sendiri sebab buat mereka menangis.
Aku punya abang yang sayangkan aku yang cuba pujuk aku ke jalan yang betul. Masa tu aku tak pernah sedar berapa ramai sayangkan aku. Aku hanya pandang yang satu tu tanpa sedar belakang aku ramai yang cuba selamatkan aku. Dialah selalu menasihati aku. Aku ada ramai abang waktu tu yang menjaga aku tanpa aku sedar. Yang aku tak boleh lupa abang hafiz yang pernah berjumpa orang yang menyakiti aku untuk minta maaf dan jauhi aku. Tak lupa aku pada arwah abang Fendi yang sering menasihati aku. Abang Ecam yang annoying buat aku sakit hati tapi sebenarnya sangat menyayangi aku.
Bila ingat balik semua tu aku bersyukur dan rasa bodoh terhadap diri sendiri sebab apa yang pernah aku buat dulu. Dalam menjalani hidup penuh liku ni aku belajar erti hidup susah. Balajar untuk tak bergantung pada orang, belajar untuk bangun bila jatuh, belajar bahawa bukan kita seorang yang hadap sesuatu. Ramai je yang ada di situasi kita cuma kit lupa yang kita diberi akal untuk fikir.
Aku tak pernah kisah untuk berkawan. Aku terima semua orang cuma tak semua boleh terima aku. Walau pernah dikutuk dihina, begitupun kawan-kawan aku. Aku tak kisah. Teruk kita sahabat kita je boleh terima. Mereka yang kutuk kita tu tak bermakna lansung sebab mereka. Yang faham cuma kita-kita je. Mereka tak lalui apa kita lalui dan mereka bukan Tuhan untuk hukum kita. Walau kawan2 aku liar, aku sayang mereka dan yang mana susah aku tolong. Aku tak minta banyak cukuplah aku dapat lihat mereka senang sebab aku tak nak mereka lalui apa aku pernah lalui.
Orang kita nampak jahat ni sebenarnya tak jahat pun cuma mereka ni suka pakai topeng. Topeng untuk sembunyikan kelemahan mereka. Sebab tula bila zaman sekolah je mesti ada budak nakal yang selalu buat masalah kat sekolah. Kalau perhati dan lihat mata mereka kau akan nampak kesunyian dan perhatian yang mereka inginkan. Dan aku tak akan pernah lupa Fadzley yang nakal sampai semua kawan aku suruh aku menjauh dari dia. Walau bagi semua orang dia jahat tapi dengan aku, dia sangat baik dan berani untuk bertemu dengan ibu ayah aku minta izin. Walau jahat dia masih tahu untuk hormat aku sebagai seorang perempuan. Itulah istimewanya dia berbanding lelaki yang nampak baik dan pengecut untuk jumpa ibu ayah aku. Cuma aku tak dapat terima dia lebih dati seorang kawan sebab aku tak bersedia untuk berkomitmen dengan sesiapa.
Kalau bicara hal lepas kahwin apa aku nak buat. Jawapan aku bila aku jadi ibu, dengan izin suami aku ingin jadi suri rumah tangga menjaga anak2 aku. Aku tak nak mereka lalui zaman sukar seperti aku. Aku ingin merka rasa kasih sayang dan dapat perhatian aku. Bila dah besar mereka jadikan aku sebagai tempat mengadu untuk aku lebih memahami mereka. Itu cita2 terakhir aku. Walau bagi pandangan sesetengah kawan aku yang rasa aku gila sebab biarkan suami kerja sorang tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk sentiasa ada untuk mereka. Boleh je nak kerja tapi aku akan kerja di mana kerja itu dapat aku luangkan masa dengan anak2 aku nanti.
P.S
Wahai Adam, lindungilah wanita kerana kau juga punya anak perempuan, kakak dan ibu. Wahai wanita, jagalah dirimu dengan baik. Wahai manusia, tidak perlulah kita judge manusia lain kerana diri kita bukanlah sempurna. Berilah kasih sayang, sabar dan kuatkanlah diri untuk bawa mereka ke jalan yag benar. Setiap mistake itulah mereka belajar untuk jadi lebih baik.
" Siapa diri kita yang dulu bukan siapa diri kita sekarang".

Comments
Post a Comment