Program anak angkat anjuran IM4U UMK

Dear strangers,

So, kesibukkan melanda bila dapat tugas sebagai urusetia bagi program IM4U dan juga dengan assignment yang berlambak menggunung tinggi. Dah berapa lama tangguh untuk menaip blog yang aku tinggalkan sekian lama.

So what's up? Program anak angkat sangat Alhamdulillah menyeronokkan walau penat. Penat lelah tu diganti dengan keseronokkan dan kenangan yang tak boleh dijual beli. Aku dapat mak angkat yang sangat baik Alhamdulillah. Walau ada serba sedikit adanya kekurangan tapi itu buat aku bersyukur dengan apa yang aku milikki kini.

Mari aku cerita sedikit pasal mak angkat aku. Nama dia Ishah binti Seman. Dilahirkan pada 06/01/1952. That's mean umur dia kini 63 tahun. Seorang janda dan mempunyai 5 orang anak. Anak2 Mak cik Ishah semua dah besar dan berkahwin jadi dia tinggal seorang diri dirumah yang sunyi tu. Bagi dia, dia dah biasa sendiri sejak suaminya meninggal 2 tahun yang lalu tapi bagi aku, kuatkah aku untuk sendiri di masa tua nanti?

Kadang kala kasihan melihatnya sendiri. Dahlah sendiri dan hadirnya aku kerumah tak dapat luangkan masa banyak sebab jadi urusetia. Busy and pulangnya pula lambat sampaikan balik rumah je mak cik Ishah dah tidur. Kasihan sebab dia tunggu kami pulang, barangkali risau agaknya. Itulah perasaan seorang ibu yang risau akan anaknya pulang malam kan? Macam ibu aku juga.

Aku fikirkan ibu dan ayahku. Sungguh aku rindukan mereka. Aku ingin pulang ke rumah. Ingin luangkan masa dengan mereka. Ingin rehat dirumah sahaja. Tolong mana yang patut kat rumah tu dan aku pasti semua orang pun memiliki perasaan yang sama yang tak ingin jauh dari keluarga sendiri. Tak pelah.. Kuat kan diri dan teruskan perjuangan kita sebagai pelajar.



Salah satu acara yang paling aku suka masa ikuti program ni ialah acara sukaneka. Why? Sebab boleh tengok budak-budak kecik bermain dan juga kawan-kawan yang dah besar tapi masih bersikap kebudakkan. Hey, it is not a bad thing. It is good to spend time with them. Saat aku perhati budak-budak bermain mengingatkan aku pada zaman kecil.

Aku pandang setiap wajah ceria mereka. Aku lihat keseronokkan yang terpancar di situ. Ada bahagia pada setiap mereka dan ada aku di masa kecilku. Tak sangkakan kini aku dah pun bergelar mahasiswi. Kalau dulu aku sering join program macam ini bersama abang dan akak dari Universiti
dan kini aku pula menggantikan mereka. Kadang kala nak menangis sebab cepatnya masa berlalu.
Kenangan tu hanya dapat dikenang. Tak mampu ke belakang lagi untuk rasa tapi diganti juga dengan kenangan baru.

Alhamdulillah program anak angkat tu semua berjalan lancar. Walau ada kekurangan, semua tu kita ambil pengajaran untuk kita improve di masa depan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Di sini aku lebih belajar untuk lebih bersyukur dengan apa yang aku ada dan buat aku sedar kalau di luar sana ada yang hidupnya sukar daripada kita.

P.S
Kita selalu mengeluh dengan hidup kita kononnya hidup kita paling sukar sedang kita ta sedar diluar sana ada yang lebih susah. Bagaimana mereka boleh survive dengan kekurangan yang ada sedaang kita yang baru memgorak langkah ni tak boleh survive seperti mereka? Kenangan itu perlu dicipta dan ia tak dapat dijual beli.


Comments

Popular posts from this blog

Boleh Makan Buah Nenas Tak Time Period?

Adik Lelaki Bongsu

Behave !