Posts

Showing posts from May, 2015

Masa silam

Dear strangers, " Siapa diri kita yang dulu bukan siapa diri kita sekarang". Dalam dunia akhir zaman ni aku sering melihat pelbagai ragam perangai manusia. Tanpa aku sedar dalam peredaran masa itu turut menyedarkan perubahan yang aku rasa sendiri. Hidup tiada yang mudah. Like people used to say "Everything happen have their own reason". Dalam aku meningkat dewasa ni aku berkawan dengan bermacam macam perangai manusia. Tak kira jenis yang hisap ganja ke, hisap dadah ke, kaki bunuh ke, kaki perempuan ke atau apa-apa. Aku kawan dan kau tahu apa yang aku sukakan diorang ni? Walau teruknya mereka ni, mereka selalu jaga aku untuk tidak ikut jejak mereka. Mereka ajar aku untuk tidak buat apa mereka buat. Mereka ajar aku erti hidup yang sangat bernilai. Kita manusia ni selalu hina orang begini, selalu fikir yang negatif pasal mereka sampai mata ni buta untuk lihat kebaikkan mereka. Kau tahu orang sebegini sebenarnya amat memerlukan kasih sayang, kesabaran dan kekua...

Pelancaran SAK dan Maghi Gegar UMK

Image
Dear strangers, Hey, so.. Lepas balik dari program anak angkat tu aku busy pula dengan pelancaran kelab SAK. Masa ni memang sebenarnya aku tak cukup tidur sebab setiap hari ada meeting dan aku kene siapkan assignment yang menggunung. Aku terpaksalah korbankan waktu tidur aku untuk siapkan assignment. Alhamdulillah pelancaran kelab SAK berjaya. Akhirnya kelab SAK ditubuhkan hasil usaha abang dan kakak senior selama ni korban masa tidur mereka semua. Hasilnya berbaloi. Tak lama lepas majlis pelancaran kelab SAK tu, ada pula event Maghi Gegar UMK anjuran kelab SAP. Tabik spring kat abang Acap yang selama ni bertungkus lumus untuk menjayakan event besar macam tu. Begitu juga anak-anak buah dia yang saling membantu dan bekerja keras untuk urus program sebgitu besar. Walau ada kekurangan, tapi dari kekurangan tu la kita jadikan kelabihan di masa hadapan. Betul tak? Tahniah kepada ahli kelab SAP. Kehadiran abang Erry Putra turut menceriakan majlis.  Waktu bahagia sebab T...

Program anak angkat anjuran IM4U UMK

Image
Dear strangers, So, kesibukkan melanda bila dapat tugas sebagai urusetia bagi program IM4U dan juga dengan assignment yang berlambak menggunung tinggi. Dah berapa lama tangguh untuk menaip blog yang aku tinggalkan sekian lama. So what's up? Program anak angkat sangat Alhamdulillah menyeronokkan walau penat. Penat lelah tu diganti dengan keseronokkan dan kenangan yang tak boleh dijual beli. Aku dapat mak angkat yang sangat baik Alhamdulillah. Walau ada serba sedikit adanya kekurangan tapi itu buat aku bersyukur dengan apa yang aku milikki kini. Mari aku cerita sedikit pasal mak angkat aku. Nama dia Ishah binti Seman. Dilahirkan pada 06/01/1952. That's mean umur dia kini 63 tahun. Seorang janda dan mempunyai 5 orang anak. Anak2 Mak cik Ishah semua dah besar dan berkahwin jadi dia tinggal seorang diri dirumah yang sunyi tu. Bagi dia, dia dah biasa sendiri sejak suaminya meninggal 2 tahun yang lalu tapi bagi aku, kuatkah aku untuk sendiri di masa tua nanti? Kadang kala kasi...